Pages

Tuesday, March 9, 2021

Sekeping kanta

amiruddin mahu apa
hari jadi mu sudah dekat
mahu motosikal ?
telefon baru ?
wang saku ?
sebut pada ayah
akan cuba diusahakan


amiruddin mahu cermin mata baru
kanta sekarang sudah pudar ayah
kadang silau terlalu silau
rabun terlalu rabun
permukaannya cepat kotor
jika ada yang baru
itulah hadiah saya sukai


hari itu
hari takdir
abah pergi terus
ke tempat paling aman
dalam beg galas ayah
sepasang cermin mata yang retak
ada nota terlipat
"kanta baru untuk amiruddin,
lihatlah dunia,sebagai jalan ke jannah"




hargailah legasi ayah.Dia mengajar kita melihat dunia dengan caranya sendiri.Kadang kasar,
kadang lembut.Tapi tak pernah,tanpa kasih dalam jiwanya.


No comments:

Post a Comment

manfaat untuk semua